Wednesday, November 26, 2014

Along Pergi, Tinggalkan aku.



Assalamualaikum wbt.
Biarlah kalau orang cakap entry ni panjang berjela. Takpe kalau takde orang nak baca. Biar jadi kenangan. Biar jadi iktibar. Andai satu hari nanti anak cucu aku baca, aku nak diorang tahu, diorang pernah ada “pak long”. Dan aku nak diorang tahu yang ‘pak long’ diorang tu adalah orang pertama yang aku cinta, kekasih pertama yang aku simpan dalam jiwa. Kesayangan halal aku yang pertama sebelum ayah diorang.

                Mari, aku ceritakan tentang malam keramat itu.
28.8.2014
Along balik dari kerja lebih kurang pukul 10. Macam biasa, mulutnya becok bertanya pada mak tentang adik-adik. Aku pula, dia mungkin tengok bilik aku still cerah, terus dia selak langsir bilik aku. “woi! Buat apa?” Aku gelak je. Terkejut sebenarnya. Haha. Then, dia cakap kat mak, “mok, esok kita nak pergi Kuala Terengganu.” Mak cakap, ‘balik bila?’ Arwah cakap, “Tak tahu lagi. Kalu tak esok terus, mungkin lusa.” Aku senyum je dalam bilik. Aku memang tahu, dia ada event lumba kereta. Oh ya! Untuk pengetahuan korang, arwah abang aku seorang mekanik kereta lumba. Dia tak berlumba, Cuma buat kereta.
29.8.2014
Kebiasaannya aku bangun pukul 4.30 pagi aku akan tidur balik lepas pergi hantar kuih dengan mak aku pukul 6.30 tu. Tapi hari tu, aku betul-betul tak mengantuk. Dalam pukul 8 pagi, aku tolong mak aku buat bihun goreng. Disebabkan abang aku tidur dekat luar, depan tibi, aku tahu abang aku dah bangun dari tidur masa tu, sebab tengok kaki dia bergerak-gerak. Then, dia bangun. Tapia da keganjilan. Wajahnya terlalu berseri. Sangat berseri. Aku tak boleh nak describe guna kata-kata. Memang sangat handsome! Lepas dia mandi, dan siap-siap, mak aku tanya. “Along, nak makan bihun tak?” Arwah jawab, “Tak nak.” Mak aku cari arwah, tapi tak Nampak. Sedangkan arwah masa tu ada dekat almari dia aje. Memang akan Nampak kalau kita duduk dekat dapur rumah. Bila dia turun ke dapur, aku cakap, “smart abang aku arini”. Dia senyum dan main Tarik-tarik rambut aku. Allah! Allah gerakkan hati aku untuk balas apa yang dia buat tu dengan memeluk dia, mencium pipinya buat kali terakhir.
Untuk pengetahuan korang, kebiasaannya arwah, kalau nak ke mana-mana dia akan salam dan cium mak aku. Tapi hari tu tak. Dia cakap dia nak pergi dah, masa dia dah sampai kat tangga. Aku, mak dan adik-adik aku dua orang lagi berlari turun. Tengok dia pandu kereta. Kami lambai, tapi dia langsung tak pandang kami. Langsung tak! Seperti dia tahu yang dia memang akan tinggalkan kami haritu.

Allah! Percayalah. Aku tulis entry ni dengan air mata. Luka sangat.
Entah kenapa, aku dan mak haritu langsung tak buat apa-apa. Aku dengan mak tak larat sangat. Duduk kat situ, tak kena. Duduk kat sini tak kena. Baring tak kena. Mungkin Allah dah berikan petanda pada kami.

Malam tu, semua yang tak larat nak tidur awal. Aku yang baru nak tidur, tiba-tiba terdengar orang matikan motor dekat laman rumah. Aku nak buka pintu, mak aku cakap buka tingkap saja. Aku ikut.
Kawan arwah!
“Mak cik, amir accident.”
Dada aku berombak. Aku langsung tak dengar apa lagi yang mak aku cakap. Tapi yang aku tahu masa tu aku pikir arwah dalam keadaan teruk. Sebab kebiasaannya kalau dia accident, dia akan call bagitahu sendiri pada kami. Tapi ini tidak. Aku bimbangkan nyawanya.
Kami bersiap untuk ke hospital Sultanah Nur Zahirah. Tapi, sebelum tu, kitorang kena tunggu adik aku yang study dekat Pahang tu sampai. Aku call dia, dia cakap dia ada dekat Paka dah masa tu. Kitorang tunggu. Masa tengah tunggu, aku tengok mak aku dalam kereta menangis. Aku bukak pintu kereta, akak aku cakap “along tenat.”
Allah! DugaanMu terlalu besar, Ya Allah!
Adik aku sampai, kitorang terus bertolak. Doctor call.
Dia cakap nadi dah takde. Dah cuba buat CPR, tapi takde respon. Sedang aku ralit membaca Yaasin, mak aku menangis, then cakap, “Adik-adik along, along dah tak ada!”
Aku berhenti baca Yaasin. Semua yang ada dalam kereta, menangis. Aku pulak tak mampu. Tak mampu nak menangis. Sebab hati aku masih belum boleh terima yang along dah takde.








Maaflah. Aku kena out dulu. Ada masa nanti, aku taip lagi entry sambungan…………….

Saturday, November 15, 2014

Selamat Jalan, Along Sayang.

Assalamualaikum wbt.
Mohon maaf sebab lama tak update blog. Memang bersawang. Aku langsung tak nafikan memang bersawang. Maafkan aku.
29/8/2014.

Jadi tarikh keramat buat aku, akan aku terus ingat seumur hidup aku.Abang yang aku sayang, wali yang aku cinta, pahlawan dalam hidup aku, cinta hati aku, arjuna di hati aku telah kembali ke rahmatullah.

Along pergi dengan penuh senyuman. Tak ada lagi urusannya dengan dunia. Kini tinggal kami. Tinggal aku yang terus sendiri, memandang kosong pada dunia, memendam rasa, menjeruk jiwa sendiri. Tak langsung aku cuba untuk kembali kepada dunia yang dulu. Sebab dunia aku sekarang dah tak berseri, tak ada langsung gelak tawa. Hati aku kosong.

Okey. Nanti, ada masa, ada kekuatan, aku akan ceritakan kronologi kejadian hari tu. Bukan sekarang. Kekuatan masih belum ada. Meskipun nampak aku tersenyum, tapi hati aku hanya Tuhan yang tahu.