Sunday, April 08, 2012

|Biarkan Dia Bahagia| part 2

Mizi berhati-hati menutup pintu bilik. Dia tidak mahu Sarah terjaga secara mengejut. Dia lebih tahu, bagaimana cara untuk mengejutkan isterinya.
         Perlahan-lahan dia berjalan dan naik ke katil. Isterinya itu tidur membelakangi tempat tidurnya.
Mizi asyik memerhatikan raut lembut itu. Dia benar-benar asyik.
Dia meraba dan mengusap pipi lembut isterinya dari belakang. Ternyata, ada kesan basah pada pipi itu. Pasti dia baru saja terlena selepas menangis.
Mizi mengucup rambut Sarah. Kemudian beralih ke leher wanita itu.
Sarah bergerak dan tersedar apabila merasakan ada sesuatu pada lehernya. Dia sangat sensitif pada bahagian leher. Dan dia tahu, hanya Mizi yang akan mengejutkannya dengan cara itu.
"Sarah, bangun kejap. Abang nak bincang.'' Ujar Mizi.
"Ada apa, Mizi? Kita dah bincang, kan pasal awak nak kawen. Tak apa. Saya akan balik ke kampung saya esok. Saya dah kemaskan barang-barang saya.Maafkan saya sebab lambat keluar dari sini. Lagi dua minggu awak nak kawen. Saya tak nak ganggu orang yang nak kemaskan dan hiaskan bilik pengantin awak ni." Sarah bangun dari tempat pembaringannya.
Sejak mereka renggang, Sarah tidak lagi memanggil Mizi abang. Dia menjauhkan dan menjarakkan hubungan mereka.
Mizi diam.
Sarah cuba untuk bangun dan turun dari katil.
Namun, lantas Mizi menariknya supaya duduk di sebelahnya di katil.
"Kenapa Sarah tak pernah bagitahu abang, yang Sarah mengandung?" Tanya Mizi.
Sarah tersentak lalu diam.
"Abang tanya ni, jawablah." Mizi mengawal barannya.
"Pada hari saya tahu saya mengandung, saya dapat tahu, dan tengok dengan mata kepala sendiri yang awak dengan Hana tengah bahagia. Saya rasa, saya nak cakap jugak. Tapi, saya tak sampai hati nak cakap, bila awak cakap, awak buat keputusan untuk realisasikan impian lama awak dengan Hana. Saya simpan balik kad yang menunjukkan dalam rahim saya ada benih awak. Saya rasa, saya kena berundur. Cukuplah sekali saya rampas hak Hana. Kali ni, biar saya yang pergi."
"Takkan tak boleh nak bagitahu langsung? Sampai sembilan bulan pun Sarah masih boleh rahsiakan yang Sarah mengandung?"
"Saya nak bagitahu awak, Mizi. Tapi, sejak awak dengan dia, awak dah berubah. Nak pandang saya pun jijik. Apatah lagi nak manjakan saya. Saya cukup hina pada pandangan awak. Awak dah jauh dari saya, isteri awak sendiri. Semua tu buat saya sedar, sebenarnya saya langsung tak layak untuk awak. Mungkin memang salah dan silap saya sebab rampas awak dari Hana. Setiap kali saya tegur awak, awak tengking saya. Jadi, saya rasa, daripada saya cari pasal, dengar jerkahan awak, dedahkan pada baby ni, ayah dia selalu tengking ibu dia, jadi saya memilih untuk diam. Saya tak nak baby ni bencikan ayahnya."
Diam.
Air mata Sarah laju mengalir.
"Awak cuma akan elok dengan saya, bilamana awak nak make love dengan saya. Masa tu, jujur saya cakap, saya harap, waktu tu  boleh bagitahu kat baby yang dekat dalam ni, tu tanda ayah dia sayangkan dia."
Dan akhirnya, menitis juga air mata lelaki Mizi. Lantas dia meraih Sarah ke dalam pelukannya. Kini dia sedar, sudah hampir setahun dia mengabaikan isteri yang cukup setia kepadanya.
"Maafkan abang, sayang!" Mizi mengusap kepala Sarah. Dia mencium ubun-ubun isterinya itu bertalu-talu.
Sarah teresak-esak di bahu Mizi. Dia lega.
Sebelum dia pulang dan berpisah dengan Mizi, dia dah luahkan segala apa yang dia rasa.
"Dahlah. Lepas ni, abang tak nak dengar Sarah panggil awak pada abang. Panggil abang ya. Maafkan abang, sayang."
Sarah diam. 'Macam manapun, Sarah akan pergi, bang.'
"Dahlah. Abang pergi mandi." Sarah mengusap pipi dan air mata yang ada pada pipi suaminya.
selepas lima minit, Mizi keluar dari bilik air, dan naik ke katil.
"Sayang, boleh abang pegang anak abang?" Mizi duduk di katil.
"Ya. peganglah. biasanya, malam-malam macam ni, kalau pegang dia, mesti dia tendang. Lagi-lagi, kalau abang balik, abang pegang perut sayang. Mungkin dia excited, papa dia pegang dia, walaupun papa tak tahu yang dia wujud." Sayu nada suara Sarah.
"Maafkan abang, sayang."Pinta Mizi, seraya mengusap perut isterinya.
Sarah bahagia.
Dan benar katanya, bayi di dalam kandungannya benar-benar menendang perut isterinya itu.
Menitis air mata Mizi apabila merasakan reaksi anak di dalam kandungan isterinya itu.
Dia bahagia!
"Tapi, jujur abang cakap, abang cukup sedih bila sayang tak bagitahu pada abang yang sayang mengandung!" Mizi mengeraskan suaranya.
"Sayang lagi sedih, bang. Siapa yang tak sedih, bila kandungan dah masuk sembilan bulan, suami baru tahu. Lagi sedih, bila sayang ke klinik, nak medical check up, orang lain mengandung, masing-masing ada suami di sisi temankan diorang. Tapi sayang? Sayang macam hidup sorang-sorang. Kadang-kadang, menangis sorang-sorang." Luah Sarah.
"Maafkan abang, sayang."
"Tak apalah,bang. Sayang tak ada apa-apa." Pujuk Sarah.
"Sayang, dah lewat ni. Esok abang cuti, ingat nak bawak sayang jalan-jalan."
"Yelah, bang. Abang pun, tidur tau."
Mizi meraih Sarah ke dalam pelukannya.
        



....bersambung....

No comments:

Post a Comment