Tuesday, May 22, 2012

Terima Kasih, Ibu!

13 Mei baru ni, ramai orang sambut hari ibu, kan? Aku pun ada wish jugak kat Puan Emak itu hari. Dah besar rupanya anak-anak mak. Hikhik. Tu ayat mak aku.
Okey. Tak nak citer panjang-panjang pasal hari ibu. Erm..Tapi, kalau nak citer jugak, takpe kan? Ahaha.
Seriously, ada jugak aku menangis, masa hari ibu hari tu. Masa tengah sibuk-sibuk masak, mak ada cakap, along ada bagi duitkat dia. Aku jadi tertanya-tanya, macam mana along boleh bagi duit kat mak, sedangkan gaji dia tak masuk lagi? So, mak aku cakap dia advance kat pejabat sementara dapat gaji sebenar. Takpelah. Gaji dia saje, dah dekat tujuh ribu.  Tetiba, mak nangis. Ah, sudah! Aku tanya mak, kenapa nangis? Mak aku cakap, "sedar tak sedar, anak-anak mak dah besar. Dah mampu beri duit kat mak. Mak rasa, baru semalam mak suapkan nasi untuk korang semua. Macam baru semalam, mak tengok along jatuh basikal. Tapi mak lupa sebenarnya. Anak-anak mak dah besar hari ni. Macam baru semalam, mak tengok korang makan ubat masa demam. Macam baru semalam mak tengok korang baring depan tv ramai-ramai. Rupa-rupanya hari ni, anak-anak mak dah besar."
Masa tu, seriusly, aku pun nangis. Hati perempuan, bhai! Korang yang jantan pun, kalau ada hati dan jiwa, mestilah nangis jugak kan, kalau tengok mak korang nangis macam tu. Aku terus peluk mak aku. Inilah, hasil titik peluh mak. Inilah dia hasil air mata cinta mak pada arwah ayah.

Dan, korang tahu tak, 13 Mei kita sambut hari ibu, kan? Pada 14 Mei pulak, cukup 16 tahun arwah ayah pergi meninggalkan kami adik-beradik. Seriously, sekarang, aku tengah menangis.Oh..Air mata ni tiba-tiba jadi macam air hujan. Dan mencurah-mencurah.

Untuk Arwah Ayah. RAMLI BIN OTHMAN.

Inilah anak, hasil benih yang kau semaikan pada ibu.
Inilah anak yang tidak sempat kau belai dengan kasih sayang dek kerana tidak sabar untuk bertemu Tuhan kita.
Inilah anak yang kau tinggalkan ketika usiaku baru mencecah umur lima tahun.
Inilah anak yang menyaksikan pemergianmu, malam itu.
Inilah anak yang kau tinggalkan sebelum sempat kau lihat, aku mampu mengenal a.b.c.
Inilah anak yang ketika usia kecilnya, menangis melihat orang lain punya ayah.
Inilah anak, yang suatu ketika dulu, sentiasa bercerita pada kawan, seolah-olah ayah masih ada.
Inilah anak yang masih setia menangis. Menangis kerana rindukan seorang lelaki yang bergelar ayah kandung.
Inilah anak, yang menangis apabila terpandangkan potret perkahwinanmu dengan ibu!
Inilah anak yang sentiasa membentak di hatinya, bila terlalu rindu!

Ayah!
Aku tahu, Kau sedang melihat aku menangis. Maafkan aku, ayah! Aku tidak lagi dapat membendung rindu aku padamu!
Hati ini rindu, ayah.
Rindu padamu!
Sedar tak sedar, sudah menginjak ke angka 21 tahun anakmu ini, ayah.
Kau tidak sempat melihat aku membesar. Kau tidak sempat menciumku, sewaktu aku mula-mula masuk ke darjah satu. apatah lagi ketika aku bergembira menerima berita diterima masuk ke universiti.
Kejayaanku hari ini, hadiah untukmu, ayahku!




p/s: macam mana sayang sekalipun aku pada ayah, Tuhan lagi sayangkan dia.

ALFAATIHAH.

No comments:

Post a Comment