Perkahwinan bukan suatu permainan.

Bismillahirrahmanirrahim.

Maybe ni entry pertama aku selepas dekat berminggu-minggu tak update. kalau update pun, just upload gambar and then tulis sikit-sikit untuk menggambarkan yang aku ni bukannya pemalas sangat sebenarnya. Okey, ini malam tak de upload-upload gambar. Just nak bercerita aje.
 Tadi terbukak blog irine nadia yang comel tu. Terus tengok berita yang dia sekarang dah pregnant. Alhamdulillah, tahniah dak irine. Moga selamat kandungan tu sampai masanya nanti.
Tengah-tengah duk membaca blog beliau tu, aku teringat pasal malam jumaat baru-baru ni. Housemate aku ada bertanya, kalau tak dapat asrama masa sem tiga nanti, macam mana? Aku dengan selambanya menjawab, apa susah, kawenlah. Haha. Diorang ingat aku serius. Tapi sebenarnya, aku takde perasaan pun masa tu. Aku bukan apa, bukan tak nak kawen. Tengok si irine dengan encik suami dia tu bahagia, terasa jugak nak bahagia macam tu sebenarnya. Tapi aku tak mampu. Bukan tak mampu apa, aku ni tak sampai hati lagi nak kawen tengah-tengah belajar ni.
Terlalu banyak benda yang kena difikirkan sampaikan tak sempat nak pikir pun  pasal kawen-kawen ni. Lagipun, hal kawen-kawen ni bukan satu benda yang boleh di buat main. Kalaulah kawen ni sesenang makan kacang sambil tengok citer blue, dah lama aku mintak dengan mak aku, supaya cepatkan perkahwinan aku dengan Encik Sayang. Tapi aku pikir, aku ni dahlah jenis yang agak panas baran. Banyak mana pun aku pikir aku boleh bertahan dengan perangai panas baranku ni, sampai satu tahap bila aku dah hilang sabar, semua naga berapi akan keluar dari tubuhku. Eceh! naga berapilah sangat!

Kenapa semua orang bercakap soal perkahwinan bila umur menginjak ke angka 20? Mengapa mesti mempersoalkan siapa yang akan menjadi putera hidupku, suatu hari nanti? mengapa mesti ramai yang bertanya, mengapa tidak aku tamatkan saja zaman bujangku ini? Andai calon sudah ada, langsungkan sahaja. tidak perlu ditunggu-tunggu lagi. Mereka nampak seperti aku sudah bersedia.
Aku sebenarnya takut.
Takut andai aku tidak mampu menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri yang solehah. Aku bukan malaikat untuk menjadi sempurna di mata suamiku. Bahkan aku takut andai aku tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri yang baik, suami ku tidak redha, malaikat murka kepadaku. Dan aku tidak bersama-sama dengan redha malaikat lagi, di mana aku mahu berdiri,mencari manusia lain untuk redha kepadaku.? Aku cuma memerlukan redha suami. Bagaimana pula andai suami ku, atau aku sendiri yang mati saat suami ku dan juga para malaikat tidak redha kepadaku? Takutnya aku. Terasa bahang kepanasan api neraka yang menjulang-julang kerana redha suamiku tiada bersamaku. Nauzubillah.

Ya Allah.
Jika benar Wan Mohd Amirul Aidil adalah jodohku, maka Kau dekatkanlah hatinya dengan hatiku.
Jika benar dia adalah tercipta untuk ku, maka Kau satukanlah kami di dalam redhaMu.
Kerana aku tahu,
Kau yang merencanakan pertemuan kami, dan tugas kami
cuma memohon ke hadratMu supaya di satukan dalam redhaMu
Ya Rabbul Izzati,
Engkaulah yang maha Merencana.
Maka rencanakanlah sebaik-sebaik rencana untuk kami.
Kau ciptakanlah satu saat di mana hari itu akan menjadi satu hari yang cukup bahagia
untuk kami.
Jadikanlah hari-hari selepas hari itu
adalah hari-hari untuk kami menjalani hidup yang bahagia
meskipun datang dugaan.
meskipun datnag badai.
meskipun datang cubaan.
Meskipun datang sesuatu yang tidak kami mahu,
maka saat itu, Kau Tuhan Kami,
Jadikanlah kami orang yang tabah melawan dan menempuh arus dunia itu.
Ya Allah
perkenankanlah doa kami ini.
Amin.

No comments:

Post a Comment