Kalam Rindu

25.12.2012

Kesejukan hujan yang sejak hampir seminggu lalu menjadikan aku seperti tinggal di dalam peti sejuk yang dekat freezer tu. Apahal pulak ni? Hmm... Tak payah tanya. Korang memang dah sedia tahu. Aku kalau bab-bab mukaddimah ni, memang failed! Tapi seriously, sekarang memang sangat sejuk. Pundi kencing ni, asyik memulas-mulas aje. Setiap setengah jam mesti nak kena pergi tandas. Aku pun tak paham. Kenapa kalau sejuk, asyik nak kencing?

Dalam kesejukan macam ni, tiba-tiba kerinduan menggigit hati. Aku bermenung seorang diri. Bertanya kepada diri, kenapa aku terlalu rasa rindu ni? Kalau betul aku rindu, kepada siapa? Aku masih bermonolog dengan diri sehinggalah, aku tersedar, aku harus menulis. Aku harus menulis rasa rindu ini untuk dia. Ya! Aku harus meluahkan. Tapi!  Andai aku ingin membuka laptop dan mengupdate blog, untuk memberitahu kepada dunia bahawa aku merindui dia, maka aku harus menulis. Tapi, aku tahu, bukan sekarang. Kerana kesejukan ini terlalu menggigit. Bimbang, daripada setiap setengah jam aku ke tandas akan bertukar menjadi setiap sepuloh minit aku ke tandas untuk buang air, sedangkan aku langsung tidak menjamah minuman. Entah.! Tidak terasa dahaga. Hanya sejuk.

Lalu, aku bangun dari pembaringan. Aku tutup buku Teks TITAS yang aku telaah dari tadi. Aku mengambil diari merah jambuku. Tangan kiri menggapai sebatang pen hitam. Aku mula menulis.

Anah, aku benar-benar rindu saat itu. Saat di mana setiap kali aku menangis, mengatakan bahawa aku tidak sanggup lagi, lalu kau akan berkata, "dugaan Allah takkan datang kalau Allah tahu yang kita memang dah kuat untuk hadapi cabaran Nya."

 Aku cuma mampu berdoa, anah. Berdoa agar DIA menjaga dirimu di sana. Bukan dirimu Sahaja, malah kalian, sahabat-sahabatku yang berada di Bumi Anbiya'. Aku benar-benar rindu untuk berada di sisimu tika ini. Aku rindu untuk mengucapkan sendiri kepada Mu bahawa aku sayang, aku mencintamu kerana DIA.

 Dan kita bertemu kerana ilmu, kita berpisah juga kerana Ilmu. 

 Aku bertanya kepada hati, "sanggupkah kau tunggu Wan Nur Farhanah pulang?" Lalu, hatiku menjawab, "Demi Allah, aku sanggup untuk sahabat sebaik dia."
 Aku nak pergi jauh daripada kehidupan lalu. Namun, apabila terpandang sahaja wajah Wan Nur Farhanah pada salah satu muka pada diariku, batinku menjerit, jangan! Jangan lupakan kenangan lalu. Kerana, jika kau lupakan kenangan lalu, maka Wan Nur Farhanah juga akan kau lupakan. Wan Nur Farhanah juga akan jauh darimu, sejauh dia pergi untuk merealisasikan impianmu. Lalu aku batalkan hasratku. Kerana aku tidak ingin melupakan dia. Aku tidak akan melupakan kenangan aku bersamanya.


Aku tutup diari hidupku. Aku kembali menelaah buku Teks TITAS yang sejak tadi menyaksikan aku melafazkan Kalam Rindu sementara air mata laju mengalir selaju dan seligat pena di tangan yang aku aku gunakan untuk mencoret kalam rindu ini.
Aku langsung tidak sedar, bila masanya aku lelap dan rasa rindu itu datang ke dalam mimpiku. Aku masih ingat.
Ketika itu, aku di sebuah taman. Tiada siapa di situ. Aku termenung. Di mana aku? Lalu, seseorang datang menggapai bahuku, memusingkan aku. Aku mengecilkan anak mata. Aku tidak kenal dia. Dia seorang wanita berpurdah. Lama aku tatap matanya. Aku kenal mata ini.!

Anah!
Ya! Wanita berpurdah itu adalah anah.!
Lantas aku peluk dia. Aku peluk seerat-eratnya. Aku tidak mahu dia meninggalkan aku lagi. Aku ingin dia kembali disisiku. Aku ingin dia menemani aku seperti dulu. Namun, tidak lama aku dapat memeluknya. Kerana dia meleraikan pelukan kami, lalu mencium dahiku. Air mataku usah dikira banyaknya.

"Aku tidak ke mana, Niesaa. Aku masih di sini. Kerana  kau yang menjaga aku di sini." Dia meletakkan tangan di dadaku. Dia tersenyum dan berlalu.
Kami berpisah di situ.

Aku terjaga dari lena. Jam menunjukkan pukul tiga pagi. Aku bangun. Kesejukan mengganggu tidur dan mimpiku. Pundi kencing memulas-mulas meminta agar aku qadha kan hajat. Aku bangun, dan ke tandas. Lalu berwudhu. Aku ingin berdoa untuk dia. Kerana aku tahu, aku sedang rindu, dan hanya doa yang akan menyampaikan salam dan kalam itu padanya. Moga Allah pelihara sahabat-sahabatku di sana. Terutama Wan Nur Farhanah.



No comments:

Post a Comment