Epilog sebuah kemajuan.

   Tahun ni umur aku bertambah lagi dengan angka satu bermaksud, aku kini sudah berusia dua puloh dua tahun.

    Masa zaman sekolah rendah dulu, aku selalu berangan nak jadik dewasa. Paling tak pun, nak jadi budak sekolah menengah yang aku rasa masa tu memang bijak-bijak belaka. Masa tu aku sangat cemburu dengan akak dan abang aku sebab dah boleh masuk sekolah menengah dan bermakna disitu mereka dah dewasa dan bijak belaka, kot...! Sedangkan semua orang tahu bahawasanya nak masuk sekolah menengah tu, tak semestinya kena bijak-bijak belaka. Yang penting, kalau result UPSR okey, kau akan ke asrama penuh. Kalau tak okey, biasa-biasa aje, kau masih boleh sambung pelajaran ke sekolah menengah.  Satu lagi akal aku yang tak berapa bijak masa tu ialah kalau tak dapat 5A dalam UPSR ni, makanya aku tak boleh sambung belajar dah, pendek katanya gelaplah masa depan aku lepas tu. Oh ya! Masa zaman aku sekolah-sekolah dulu, aku dan adik beradik aku sentiasa di momokkan dengan ugutan oleh Puan Emak, " kalau kau tak dapat 5A dalam UPSR, mak ikat kau kat batang kelapa lepas tu, letak sarang kerengga dekat kaki. Biar kerengga tu gigit-gigit kau."  Okey. Masa tu sangat takut. Dan-dan aje berusaha keras untuk dapatkan lima A tu. Tapi, Tuhan tu lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba Dia. Aku just dapat 2a 3B. Takdelah cerdik mana aku ni. Masa tu sangat cemburu dengan akak aku yang dapat masuk ke asrama penuh. Mulalah dalam hati dan pikiran ni pikir, mak lebih sayangkan angah sebab angah tu cerdik. Tak macam aku ni, nak sekolah pun, dekat kampung aje. Tapi, bila dah up sikit akal aku yang tak berapa cerdik ni, masa tu baru aku pikir, sebenarnya setiap manusia itu dibekali dengan kemampuan dan kelemahan masing-masing. Itu pun, sebuah kemajuan, bukan? Daripada tidak mampu berfikir waras,  tapi akhirnya aku dah mampu berfikir logik. Oh ya. Bukan tak mampu berfikir dengan waras, cuma masa tu akal tak panjang mana lagi.

   Bila duduk sorang-sorang, kadang-kadang tu terfikir jugak, sepanjang aku hidup atas dunia ni selama dua puloh dua tahun, apa yang dah aku buat dan sumbangan aku pada diri aku sendiri, mak ayah aku, bangsa aku, agama aku dan negara aku. Then, pandang orang sekeliling, apa kemajuan yang telah aku lakukan pada mereka-mereka di sekeliling aku. Eh! Muka-muka bodoh macam aku ni pun, mampu berfikir logik jugak tau!

   Dulu, aku selalu pikir orang gemuk ni, tak cantik! Sangat tak cantik! Aku ingat lagi zaman sekolah dulu, aku tak suka snap gambar sebab memang tak cantik dan tak comel. Dahlah ber 'bolok-bolok' dengan tudung yang tak betul pakainya. Sebab tu aku memang takde gambar-gambar kenangan masa zaman sekolah dulu. Eh-eh! Kejap. Aku rasa ada sebijik.
aku pengawas ok.

   Tapi kemajuannya yang aku alami setelah umur dan usia semakin menginjak ke usia yang lebih matang, aku hari ni dah boleh snap-snap gambar bagai dengan kawan-kawan. Negative thinking dah tak ada pasal snap gambar ni. Yang penting, bila snap gambar, kalau dah pikir dan rasa tak cantik, jangan tengok. Nak lagi senang delete! End of the story. Itu pun jugak satu kemajuan, bukan.? Daripada tak boleh nak snap gambar sebab pikir tak cantik, tapi hati ni aku dah boleh main snap-snap gambar sama ada sorang-sorang ataupun dengan kawan-kawan. Sebab apa aku dah boleh snap gambar sekarang? Sebab sekarang ni, aku rasa setiap orang tu ada kelebihan dan kekurangannya dalam dunia ni yang Tuhan memang bekalkan setiap sorang dengan hak masing-masing; kelebihan dan kekurangan!

   ******
   Dulu, waktu kecik-kecik aku memang tak pandai berenang. Langsung tak. Namanya saje duduk tepi pantai, setiap hari kalau air pantai elok, turun ke pantai then mandi laut. Tapi sebenarnya aku tak pandai berenang. Langsung tak. Tapi, aku belajar. Yang annoyingnya, aku belajar berenang dengan adik aku. Adik okey! Tapi aku tak boleh ego. Kalau tak, memang takkan pandai sampai bila-bila. Mula-mula belajar macam mana nak apung diri. Bagi orang yang guna pelampung, memang anggap mende tu senang aje. Sesenang makan kacang sambil tengok citer omputih. Tapi bagi aku yang duduk dekat kampung ni tak adanya pelampung-pelampung bagai. Sangat susah nak belajar apung diri dalam air. Kadang-kadang menangis-nangis sebab air terlalu masin. Kadang-kadang air masuk dalam telinga. Kadang-kadang perut sampai kembung sebab banyak sangat tertelan air masin. Tapi itu tidak menjadi hal kepada aku kerana aku nak belajar. Nak pandai berenang macam along dan adik aku.

      Lepas dah mahir apung diri, mula belajar cara berenang kuak lentang. Tapi terus terangnya, sampai hari ni aku tak pandai berkuak lentang, apatah lagi berirama berama-rama. Aku lebih memilih untuk berenang di dasar laut. Yang mana, kadang-kadang orang takkan sedar pun kau ada kat bawah air. Sedar-sedar kau terjulur aje kepala kat permukaan air tu. Oh ya! Sebenarnya, tujuan sebenar aku belajar berenang adalah aku tak nak duduk aje dekat tepi laut main pasir. Aku nak ikut abang aku, adik aku main kat tengah laut. Sebab tu aku belajar berenang dengan diorang. Dan hari ni, aku mengecap satu lagi kemajuan dalam hidup aku bila aku dah pandai berenang. Paling manis, bilamana baru-baru ni ada orang hampir lemas, aku dah boleh turun dengan beraninya selamatkan dia. Budak tu gatal sangat nak turun berenang sedangkan dia tahu masa tu air tengah pasang. Tak memasal naik-naik aje ke darat, terus kena ceramah free dek mak dia. Padan muka beliau.

   *************
   Satu lagi. Dulu aku selalu di momokkan oleh orang-orang tua sekeliling bahawasanya anak dara yang tak pandai masak ni, tak boleh kawen. Paling tak pun, susah nak kawen. Bila di momokkan macam tu, rasa macam bersungguh-sungguh nak belajar masak. Tapi semangat tu kejap aje sebenarnya. Jap lagi, takdelah balik semangat tu. Punya takut tak boleh kawen. Padahal masa tu, tak tahu pun apa dia definisi kawen tu sendiri.

   Oh masa tu. Memang aku allergic gila kalau kena tolong mak masak. Tambah-tambah lagi kalau kena tolong tu masa aku tengah menonton KFC HOUR yang bersiaran pada pukul sebelas pagi kat tibi tiga. Masa tu, "ah mak ni! Masa orang nak tengok tibilah dia nak masak-masak bagai. Ah! Tutup tibi terus pergi dapur tolong mak masak. Tolong kupas kulit bawang aje pun.

   Tapi hari ni, kemajuan yang aku dah boleh rasa dalam diri aku sendiri ialah, aku sekarang dah boleh masak. Paling tak pun maggi je. Haha. Eh! Masaklah jugak, kan? Takdelah sampai pandai masak maggi aje. Bolehlah kalau nak masak untuk diri sendiri dan adik-adik. Dan sekarang ni, akulah antara orang yang paling rajin ke dapur, masak ataupun tolong mak masak. Eceh!

  Yang penting, momokan seperti 'anak dara kalau tak pandai masak tak boleh kawen' tu sekarang dah tak melekat kat kepala aku. Sebab, sekarang ni, sape-sape aje boleh kawen. Tak kira kau pandai masak ke, tak ke, yang penting kau setia. Tapi, bagi aku, pompuan wajib belajar masak dan pandai masak. Sebab mak aku selalu sebut, orang pompuan, dua perkara dia boleh bahagiakan suami dia. Yang pertama tempat tidur. Yang kedua, masakan dari air tangan isteri itu sendiri. Dan aku peratikan, ramai dari kalangan orang sekeliling aku memang pikat suami dengan masakan daripada air tangan sendiri.  Kalau tak pandai, why not kau cuba dulu, kan?
 ***************
  Sebenarnya banyak lagi kemajuan yang aku dah rasa dalam hidup ni. Contohnya, daripada pelajar sekolah yang dulunya sentiasa ber' negative thinking ' aku sekarang dah boleh ajar mind aku ni supaya ber'positive thinking'. Oh ya, dulu aku tak pandai bawak motor tau.! Takut sebenarnya. Tapi sekarang dah pandai. Siap boleh rempit dah! haha.

   Yang penting, sekarang ni negara Malaysia, tanah tumpah darah kita ni dah merdeka. Dah dekat enamploh tahun dah. Dan dah mencapai kemajuan dah. Kenapa mesti kita carik titik perbalahan dan pergaduhan sesama kita, sesama bangsa dan sesama agama.? Sepatutnya kita yang mengekalkan keamanan dan keharmonian masyarakat majmuk di negara kita sekarang. Bukankan begitu?

  Kadang-kala datang jugak dalam pikiran, untuk apa kita menangisi dan mencemburui dengan kemajuan orang lain sedangkan dalam diri kita sendiri ada kelebihan yang orang lain tak nampak. Kalau orang nak ke bulan pun, kau nak ke bulan, susahlah begitu. Lebih baik kau berfikir, macam mana nak ke bintang. Paling tidak pun, pikirkan macam mana caranya nak tangkap bintang dan letakkan dalam balang. Biar jadi lampu untuk rumah malam-malam, menggantikan lampu pendaflour yang berlaku sedikit pembaziran apabila menggunakannya. Apadahal dengan orang ke  bulan bila kita pikirkan yang kita akan ke bintang?

No comments:

Post a Comment