Wednesday, January 23, 2013

..Lau Kana Bainana...

Bismillahirrahmanirrahim.
 Berbicara soal hati dan perasaan. Bukan terhadap cinta dan cita pada dunia semata. Tapi kali ini melibatkan seorang pemimpin agung manusia di dunia, pemberi syafaat di hari akhirat dan seterusnya penunggu umat yang setia di syurga.

Aku tiba-tiba sebak berbicara soal ini dengan kalian semua. Seolah-olah aku kali ini di awangan dan paling memberi impak pada hati dan jiwaku bila mana masih terdapat umat manusia yang telah mengaku Islam namun masih menghina Rasulullah. Hinakah aku andai aku masih tetap mencintai Rasul ku? Hinakah aku andai aku terus menjalankan kewajipanku terhadap baginda? Aku tahu, aku tidak sesekali kolot kerana berselawat ke atas junjungan besar itu.

Lau Kana Bainana Ya Rasulallah.
Tidak kami tersesat sehingga begini jadinya. 
Tidak kami hambar dalam menuju redha Tuhan kita.
Tidak kami tersungkur dalam langkah perjalanan ini.

Lau Kana Bainana Ya Rasulallah.
Kami tidak sesekali akan rapuh
membiarkan maruah agama kami terus di permainkan oleh mereka yang durjana
Tidak kami biarkan itu berlaku kerana Engkau yang membimbing kami.
Engkaulah pemimpin agung kami.

Namun,
Kami tahu..
Engkau tidak lagi bersama dengan kami. 
Tidak ada lagi pimpinan secara langsung olehmu.
Kini, kami cuma berpegang pada indahnya tinggalan ajaranmu.
ALQURAN DAN SUNNAHMU.



Sungguh!
Sebenarnya aku cemburu dengan para sahabat yang terdahulu. Kenapa?
Kerana aku tahu, mereka benar-benar dipimpin oleh Rasulullah. Aku cemburu kerana mereka dapat mencium Rasulullah. Aku cemburu kerana mereka semua dapat menatap wajah Rasulullah yang indah, mendengar suara Rasulullah dalam mengalunkan AlQuran.
Cemburunya aku pada mereka apabila benar-benar dapat berjihad pada jalan Allah dengan diberi kata-kata semangat oleh Rasulullah sendiri. Aku benar-benar cemburu dengan para sahabat baginda yang diredhai oleh Allah.

No comments:

Post a Comment